Want your
own Fotopage?








 
Lynn Sham's

By: Lynn Sham

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Sunday, 10-Feb-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Nur Zulaikha & Nur Maisarah!

Kek untuk Ikha dan Sarah..
Cuppies.. sempoi je..
Family photo.. mana Baby Godang?
Sarah potong kek dulu..
Ikha pulak..
Keluarga Man (sebelah kiri)..
Tak ada Kak Long, majlis tak sah..
Tetamu lain..
Tetamu VIP.. the children!
View all 24 photos...
Ikha & Sarah genap 2 tahun pada 10 Februari 2008. Walau bagaimana pun, birthday party mereka dibuat sehari lebih awal iaitu pada hari Sabtu, 9 Februari 2008.

Kebetulan 7-8 Februari 2008 adalah cuti Tahun Baru Cina.. jadi, kedai bahan bakeri di KL semuanya tutup! Nasib baik Barbie Doll berkaki ada dijual di kedai kek Norijah di Masjid Tanah. Jadi, saya beli je.. Cake board untuk kek Barbie Doll pulak berharga RM2. Mahal betul! Walau apa pun, asal semua barang ada, alhamdulillah..

Saya buatkan satu kek Barbie Doll untuk acara potong kek. Cuppies pula untuk tetamu yang hadir. Adik saya cadangkan warna pink sebagai warna tema.. so, saya pun ikut aje lah..

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan acara memotong kek oleh si kembar. Sebenarnya, birthday girls tu baru bangun tidur.. nasib baik mood mereka ok walaupun susah nak senyum.. Tak sia-sia usaha Sham 'menyejukkan' mood si kembar ni dengan memandikan mereka sebaik mereka dikejutkan dari tidur! So, mandikan anak-anak kecil jika terpaksa dikejutkan dari tidur untuk mengelakkan mereka menangis/merengek. Tips ini berkesan untuk Ikha dan Sarah.. Ha.. ha.. ha..

Selepas acara potong kek, puas cari Kakak aka Baby Godang (godang tu maknanya besar - loghat N9). Rupa-rupanya Baby Godang kami ni merajuk.. rasa 'dipinggirkan' kerana semua perhatian diberikan pada birthday girls.. Semua orang sibuk di serambi, tapi Baby Godang ni tonton tv sorang diri kat tengah rumah.. Semasa saya tanya, mulanya dia ok.. lepas tu terus sayu dan dia menangis.. Baby Godang kata "Kakak macam merajuk.." Alahai.. tersentuh hati saya.. terus saya dukung dia dan bawa ke serambi.. Rasa bersalah pulak saya membuatkan Baby Godang kesayangan kami ni rasa terpinggir! Walhal, awal-awal lagi dah siapkan dia berpakaian sama dengan si kembar. Memang kami agak sibuk hari tu.. Saya dan adik sibuk menyiapkan makanan untuk tetamu. Man (suami adik) sibuk melayan tetamu yang datang. Sham pulak selain sibuk dengan si kembar, Sham ditugaskan untuk 'mengawal' kek Barbie Doll..

Sebagai hidangan, adik saya buat bakso. Senang.. buat satu jenis kuah dan hidangkan bersama bihun, mee dan nasi impit. Selain tu, kami sediakan nugget, popia crab stick, french fries, kuih lapis (kuih lapis ni order dari jiran), buah tembikai dan air sirap bandung + aiskrim soda. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar..

50 goodies bag habis diberikan kepada kanak-kanak dan ibu dan bapa yang hadir.. orang dewasa pun cukup teruja untuk mendapat goodies bag ekk.. ingatkan untuk kanak-kanak je.. he.. he.. he..

Add comment


Sunday, 18-Nov-2007 00:15 Email | Share | | Bookmark
Marble Choc Cheese cake untuk Arin???

Sebelum 'make-over'
Selepas 'make-over'
Sempoi..
Kek ini untuk Arin, seorang lagi staff Finance. Kata Alice (person-in-charge untuk order kek), nak kek yang lain sikit dan kalau boleh nak topping yang guna coklat. Sebabnya Alice tak suka butter cream.. Kek ni ikut selera orang yang order, bukan Arin! Ha.. ha.. ha..

Jadi, saya harap kombinasi kek itu sendiri (coklat dan cheese) ditambah dengan topping coklat dapat memenuhi citarasa mereka!

Happy birthday Arin! Semoga dipanjangkan umur dan kesihatan, dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.. amin..

As'kum, Lynn U pandai deco cake. Cantiknya. I suka tengok. Bley tanya mana Lynn blajo buat deco cake??? Fri 30-Nov-2007 15:38
Posted by:Ayu
Wah lynn, semakin hebat sekarang, SYABAS...semoga berjaya perniagaan anda. Fri 7-Dec-2007 09:04
Posted by:Misliha  - [Link]
Add comment


Saturday, 17-Nov-2007 06:25 Email | Share | | Bookmark
Cuppies Pesanan Kak Maslina

 
 
 
Kak Mas minta saya buatkan cuppies untuk majlis pertunangan anak saudaranya. Kak Mas minta saya buat 20 biji aje dan warna kuning menjadi warna tema pilihan. Saya serahkan cuppies ni pada Kak Mas semalam, Jumaat, 16 Nov 2007.

Add comment


Saturday, 17-Nov-2007 05:55 Email | Share | | Bookmark
Tweety

 
 
 
Kek ini Cikgu Nadia yang order untuk Taska anaknya pada 16 Nov 2007. Tiada pilihan khusus untuk gambar cuma Cikgu Nadia kata buat simple je.. macam tulis 'ABC' ke..

Jadi, saya buat Tweety dan keliling kek saya hiaskan dengan 'ABC'. Tulis punya tulis, 'ABC' tak cukup sampai 'Z'. Muat sampai 'V' aje..

Ingatkan nak guna piping jel, tetapi memandangkan lebihan butter cream yang telah diwarnakan mencukupi, saya gunakan butter cream untuk mewarna Tweety.

Add comment


Sunday, 11-Nov-2007 08:49 Email | Share | | Bookmark
Winnie-the-Pooh untuk Nora

 
 
 
Nora cukup teruja dengan Pooh sampaikan screen saver pun gambar Pooh.. Sebab itulah rakan di Finance Dept minta saya buatkan kek Pooh untuk birthday Nora kali ni.

Happy Birthday Nora! Semoga dipanjangkan umur dan kesihatan, diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..


salam ~ Happy Belated Birthday to Nora...

psst: wah best nyer kalau pandai wat kek sendiri
Fri 16-Nov-2007 04:33
Posted by:Nur  - [Link]
berminat nak beli popia simpul bleh la lawat my page...fidazaid@fotopages.com Tue 25-Mar-2008 03:27
Posted by:fida
sape ltak gmbo kt page sy? Wed 9-Apr-2008 09:47
Posted by:nurfarhah
Add comment


Friday, 9-Nov-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Spongebob untuk Amir Hariz

Spongebob Squarepants
Karektor yang cukup dikenali
Sisi kek..
Kek ni, Lin, tokey kantin kat sekolah Sham, yang order. Sebenarnya, Lin kata dia dah order kek lain. Kek ni sebagai tambahan. Tak ada permintaan khusus untuk gambar atau hiasan. Cuma, saya yang pilih untuk buat Spongebob yang saya rasa sesuai untuk Amir Hariz yang berusia 2 tahun. Spongebob merupakan karektor kartun yang menjadi kesukaan kanak-kanak..

Happy Birthday Amir Hariz.. semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.. aminn..

Add comment


Wednesday, 7-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Barbie Doll untuk si comel Sarah

 
 
 
Kek ini permintaan seorang kawan saya, Mashayu, untuk anaknya. Happy Birthday Sarah! Auntie doakan semoga Sarah dipanjangkan umur dan kesihatan, menjadi seorang puteri yang solehah dan berjaya di dalam segala bidang yang diceburi. Aminnn..

Back to the cake.. untuk pastikan kek menjadi kenyataan, saya siap buat lakaran.. Maklumlah, idea bukan datang bergolek.. kalau Pro, mungkin ‘kacang’ je.. tapi ‘prosak’ macam saya, kena lebih hati-hati.. takut lain jadinya.. he.. he.. he..

Kek ni berat.. dekat 4 kg.. Base cake saya ‘sandwich’kan dengan chocolate ganache. Begitu juga dengan gaun Barbie yang mempunyai 3 lapisan kek. Macam menatang minyak yang penuh semasa bawa kek ni dari rumah ke tempat kerja..

Mas, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi pelanggan setia saya..

Add comment


Tuesday, 6-Nov-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Cuppies Rumah Terbuka Aidilfitri PruBSN

 
 
 
Tak sangka saya diberi kepercayaan untuk menyediakan 500 cuppies untuk majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat kami. Kali pertama menerima tempahan yang banyak!

Bila Sham kata ok, terus telefon adik saya yang bakal menjadi orang kanan saya untuk menyiapkan tempahan ini. Nasib baik adik saya bersedia membantu dari segi membuat kek hinggalah ke bab melepa dan menghias. Setakat buat daun, adik saya dah lulus.. cuma roses je belum lagi. Terima kasih banyak-banyak ya dik! Terima kasih juga pada adik ipar saya, Man yang turut juga membantu mana yang patut. Sham yang baru balik dari kursus petang tu, sibuk dengan tugas menjaga Kakak, Ikha dan Sarah.

Kami mula proses melepa dan menghias sebaik selesai makan tengahari iaitu lebih kurang jam 2.00 petang hari Khamis, 25 Oct 2007. Cuppies siap tepat pada jam 6.30 pagi hari Jumaat 26 Oct 2007. Semalaman saya dan adik berjaga.. Sham sempat tidur selama 30 minit.. Man yang dapat tidur lama sikit.. Itupun sebab dia sakit kepala..

Siap aje semua cuppies, saya terus capai tuala dan mandi. Kemudian bersiap untuk ke pejabat. Adik pulak berkemas sebelum ke tempat tidur.. kalau dibiarkan, bila Ikha dan Sarah bangun, pasti diorang pulak yang akan sibuk berkemas!

Cuppies ini merupakan batch kedua. Yang pertama, tak sempat ambil gambar langsung. Cuppies yang dalam gambar ni merupakan tempahan untuk semua staf di pejabat. Tema tetap sama.. warna putih dan emas.. Susah juga untuk mendapatkan warna emas rupanya.. hmmm..

Add comment


Friday, 2-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Keretapi untuk Joshua

Choo.. choo..
 
 
Joshua loves train.. so, Mary minta saya buatkan train cake untuk anak kesayangannya tu.. Cari punya cari, saya jumpa clipart yang boleh digunakan. Tapi bila Mary tengok clipart pilihan saya, Mary terus offer buku-buku 'Thomas and Friends' yang ada dalam keretanya untuk memudahkan saya melukis. Bila dah tengok gambar dalam buku-buku tu, saya dapati ia kurang sesuai.. so, saya gunakan clipart yang telah saya pilih dan jadikan kek ini sebagai cabaran.. berjaya juga saya siapkan kek ini walaupun banyak kekurangannya..

To Joshua, Happy Birthday! May God bless you.. and may all your dreams come true!

Add comment


Saturday, 16-Jun-2007 23:54 Email | Share | | Bookmark
Kek Coklat untuk Azai

 
 
Kek ni kawan Sham order untuk hari lahir isterinya yang tercinta.. dia tak suka butter cream, so saya guna topping coklat sebagai hiasan yang mudah. Alhamdulillah, dia cukup berpuashati..

lynn... mana menghilang? apsal lama x update. Hang kan banyak lagi product lain yang boleh ditepek kat sini.. moh ler update, dah lama sangat nih... windu... Fri 5-Oct-2007 14:56
Posted by:Penyulawa  - [Link]
nim.. tak hilang ke mana pun.. ada ni.. cuma sejak kebelakangan ni sibuk sikit dengan kerja.. jenguk rnet pun sekali-sekala.. tu yang kalau sempat mencelah tu, dapat gak menyampuk.. fp ni memang dah lama betul tinggal.. asyik tak sempat je (macam la sibuk sangat ekk..).. Fri 5-Oct-2007 22:08
Posted by:Lynn Sham
wah sedapnya kek tu awak wat sendiri ke
istimewanya he......he....
ajar lah saya kit boleh, saya wat kat mak saya
Sat 16-Jan-2010 09:15
Posted by:aimi
View all 16 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen4.pidgintech.com